SubhanAllah..jika kita baca kajian-kajian mengenai susu ibu, pastinya akan terdetik di hati kita bahawa HEBATNYA SUSU IBU. Sehinggakan dalam Al-Quran sendiri Allah terlah berfirman :
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan” (Surah Al-Baqarah : ayat 233)
Begitu juga dalam ayat lain, Allah SWT telah memberitahu:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Sedih bila difikirkan kedua-dua anak saya tak dapat saya susukan sehingga 2 tahun, kedua-duanya hanyalah sehingga berumur 8 bulan.Yang sulong mungkin kerana ketika itu saya dah mengandungkan adiknya. Menurut doktor, baby akan perlahan-lahan refuse secara sendirinya bila usia kandungan ibunya memasuki bulan ke-5.
Si adik pula, saya mengalami bentan ketika usia dia baru masuk sebulan lebih, nipple crack, susu bengkak, demam seram sejuk selang 2 hari berturut-turut. Menyusukan dia sehinggakan darah keluar sekali akibat nipple crack. Sangat sakit dan kami terpaksa campur susu formula sementara saya pulih. Sedih memang sedih, kesian adik.. Mungkin sebab adik dah terbiasa selang seli dengan susu formula, adik juga mula refuse susu ibu ketika umurnya 8 bulan, sama seperti abangnya. Masa tu saya belum kenal Shaklee, tak pernah dengar kot. Hehehe kalau la saya kenal Shaklee lebih awal, mungkin saya boleh berikan yang lebih baik untuk dua hero saya tu. Anak ke-3?Heheh belum ada rezeki lagi. Tapi dah bertekad untuk memberikan penyususan esklusif sehingga 2 tahun dengan bantuan supplement Shaklee. InsyaAllah...
Perbezaan ketara khasiat dalam susu ibu dan susu formula
Susu ibu menepati fitrah bayi yang masih belum matang untuk menghadamkan pemakanan mereka. Dalam Islam juga, susu ibu adalah pilihan terbaik
Memang tidak dapat dinafikan susu ibu adalah susu yang lengkap nutrisi untuk kebaikan bayi dan tidak dapat ditandingi oleh susu formula sama ada susu berasaskan susu lembu atau soya. Semahal mana pun susu formula itu, tetap tak akan dapat tandingi susu ibu tau!
Susu ibu lebih baik dari susu formula, ini kerana:
1. Susu ibu mempunyai kesan yang sangat baik pada perkembangan mental jika diukur mengikut ‘Index Perkembangan Mental’ pada umur enam dan dua belas bulan.
2. Susu ibu mempunyai skor yang tinggi pada ujian kemahiran pergerakan (psychomotor) pada umur enam bulan berbanding dengan susu formula.
3. Bayi yang disusukan ibu mempunyai skor penguasaan bahasa yang lebih tinggi pada umur tiga dan enam bulan.
Oleh itu susu ibu haruslah dianggap sebagai susu yang terbaik, walaupun pengeluar susu formula berusaha untuk menandinginya dengan menambah pelbagai nutrisi yang lain
Sama-sama kita sebagai ibu mengembeleng tenaga untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Yes! we can do it! Usaha yang bersungguh-sungguh dah sentiasa berdoa kepadaNya agar dipermudahkan misi penyususuan sehingga 2 tahun...
Supplement Shaklee yang boleh membantu anda ^_^
2. Alfalfa Complex
3. Ostematrix
4. Sustained Released Vita-C
5. Vita - Lea
6. B Complex
Klik sini untuk baca kebaikan setiap jenis vitamin di atas :)
Leave your comment..atau.....
PM di facebook https://www.facebook.com/messages/OsemMama
SMS/WhatsApp : 0196291331
No comments:
Post a Comment