Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.. Jika anda memiliki keduanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa...

Sunday 28 June 2015

Kek yang simple, cepat dan sedap!

Yummyy...sedap! Tapi Naufal la yang cakap..mamanye ni puasa, buka puasa kang boleh la nak merasa :)

Hari ni memang badan tak sedap. Selsema, batuk, sakit kepala semua tiba-tiba datang menjengah. Dah macam nak demam dah badan ni. Kuatkan juga semangat untuk meneruskan puasa hari ni. Tak sanggup den nak ganti nanti..hehe

Si Naufal ni pun tak faham-faham mamanya tengah tak sihat, direquestnya gak nak kek.. Nak kek yang rasa macam hari jadi lak tu! Sabau jela.. Dalam ketidak selesaan badan, google la resepi kek simple. Jumpa satu blog ni, lupa dah apa nama blognya. Kek margerin simple tapi sedap katanya..hemm mcm menepati keperluanku ketika ini.. Lalu terhuyung hayang mama pegi dapur nak buat kek untuk anak teruna sorang tu..haishh!!

Jom layan resepi:
250g margerin
1 cawan gula halus/kastor
4 biji telur
Esen vanilla
2 cawan tepung gandum

Step by step to the yummeyhh cake! ;)
1. Margerin + telur + gula > pukul sehingga agak kembang.. Nak cepat pakai mixer je, tapi kalau gigih guna la whisk ✌
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau adunan sebati.
4. Panaskan oven 180°C
5. Sapukan minyak di keseluruhan loyang & tuang separuh adunan ke dalam loyang..rata2 kan lepas tu boleh la susun choc bar di atas lapisan adunan tersebut untuk menambahkan lagi kesedapan..lepas dah susun2, tuang lebihan adunan ke atas susunan choc bar tersebut.
6. Bakar 180°C selama 30minit.. Guna api bawah je tau!
7. Tingg!!! Siap! Lembut dan sedap dimakan begitu sahaja :D

Malasnya la haih nak pegi snap gambar kek tu..layan badan lemau jap.. Adios!



Posted via Blogaway


Monday 8 December 2014

Sup daging tanpa sup bunjut! Yummeyh ;))

 Balik keje hari ni, dengan semangatnya beli daging..tujuannya nak buat sup daging sebab teringat last week buat, anak makan bertambah-tambah. Walhal nasi kosong dengan sup tu je pun.. Sedap kata naufal! Adik pun duk sebut lagi lagi je kat mulut dia.. Seronok bila tengok anak selera makan..

Berbalik kepada kisah hari ni.. Lepas maghrib, masuk dapur..kemas-kemas dapur..lauk semalam banyak dah basi..euwww bau semacam jek, kes lupa nak simpan dalam peti ais la ni..adess sendiri punya salah.. So kemas bagi cun mata memandang & wangi semerbak kasturi then baru tenang nak hasilkan sup yang semerbak harum juga :D

Mula-mula basuh daging then potong-potong, masuk periuk, masuk air, garam sikitt then letak atas dapur, kita rebus kasik empuk. Sementara tunggu empuk, layan anak tengok astro ceriaaaa jap :p
Agak-agak macam dah agak lama (bestnye kalau ada pressure cooker kan,mesti zasss empuk terus daging tu), jenguk daging then cari punya cari, korek punya korek dalam kabinet, eh sup bunjut dah abes!!! Sepantas kilat sms hubby, tapi tak mungkin la sempat kan..pukul berapa dia nak balik pun tak tahu lagi.. 

Solutionnya, jom google resepi tanpa sup bunjut! Kekeke..tak sangka lak ada rupanya resepi sup daging takyah guna sup bunjut..yeay!!! Selama ni mak jemah memang tak miss guna sup bunjut tau :D

Caranya lebih kurang je macam sup yang biasa kita buat, cuma bawang besar + jintan putih + ketumbar + bawang putih > blend sampai halus.. Tumis bahan yang dah diblend bersama rempah 3 sekawan.. Dah siap tumis, masukkan dalam daging yang tengah menggelegak direbus itu..reneh lagi selama yang kita nak..lagi lama lagi best tau! 

Taraaa camtu je..gambar ni je sempat snap, al maklum hubby tak balik lagi, jadi tak kuasa la nak berhidang bagai..Nampak tak minyak tu banyak, hehe minyak hasil dari lemak yang ada kat daging ditambah minyak menumis tadi. Kalau ada Phytocol-ST boleh telan sebiji ni sebelum makan, nak kasik sekat kolesterol dari diserap :D

Oh ya, sup ni tak ada sup bunjut pun sedap tau! Naufal cakap sedap macam yang haritu jugak..hehe puas hati bila anak cakap sedap.. Adik lak tak nak makan sebab petang tadi dah melantak sebungkus laksa, dah kenyang la agaknya tu..

Sekian..mata dah ngantuk.. Hero berdua dah selamat beradu.. 

Then... Tido jom zzzzz.....

Thursday 4 December 2014

Hentikan Ketagih Rokok Suami Semudah ABC!

tak nak merokok
Masa bercinta, si dia berjanji akan berhenti merokok bila dah kahwin nanti.
Bila dah kahwin, si dia yang dah bertukar jadi si suami update janji kepada > bila ada anak nanti abg janji abg berhenti merokok..
Tapi...apa yang jadi? Dah beranak pinak pun suami masih lagi sukar untuk tinggalkan tabiat merokok!

Geram kan tengok suami hisap rokok? janji tinggal janji. macam-macam dah buat tapi suami masih lagi dengan tabiat yang satu tu.

Bukan senang untuk seorang perokok meninggalkan tabiat merokok yang telah sebati dalam diri mereka. Pelik kan? Telan asap, hembus asap..apa yang dapat? Kepuasan agaknya.. Tapi AWAS! penyakit yang bakal perokok dapat akan melenyapkan segala kepuasan yang dinikmati ketika menyedut asap rokok. Dan perlu diketahui bukan dia seorang je yang akan menerima akibat, malahan orang sekeliling juga menerima nasib yang sama malahan mungkin lebih teruk akibat menyedut asap yang dihembus perokok.

Macam mana nak hentikan tabiat suami tersayang ini?
Ada cara mudah lagi berkesan untuk hentikan tabiat yang tak sihat tu.
Bagi suami anda satu sudu kecil sehari vivix. Anda boleh tersenyum puas selepas beberapa bulan..
Ia membantu suami anda hilang ketagih rokok secara perlahan-lahan sehingga langsung tak ada rasa nak merokok dah lepas tu

Ramai yang dah berjaya!
vivix
 testimoni vivix hentikan ketagih rokok

Nak cuba? Berbaloi-baloi tau!
Klik untuk order
Sebarang pertanyaan, 0196291331 fiza
 

Tuesday 11 November 2014

Sihat dan cergas semasa kehamilan

Best kan bila dapat tahu yang kita hamil? Satu pengalaman yang sering dinantikan oleh wanita yang telah berumah tangga.. Kalau yang dah ada anak tu pun bila anak-anak dah besar, akan ada rasa keinginan dan kerinduan pada bayi kan? Harum je bau baby ni..

Tapi bila fikirkan alahan yang akan dialami, memang agak cuak dan alahaii penatnye la kan..terutamanya ketika dalam fasa trimester pertama..tapi itulah sebahagian kenangan yang akan kita ingat sampai bila-bila..

Orang cakap bila ibu hamil alami alahan yang teruk, itu bermakna bayi dalam kandungannya itu sihat..ye ke? Mungkin ada betulnya kan..

Walaubagaimanapun, penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan sangatlah penting bagi menjamin kesihatan kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan..

Lengkapkan nutrisi dan vitamin yang diperlukan, insyaAllah ibu hamil mampu sihat dan cergas sehingga ke hari kelahiran si comel anda.. Bila ibu sihat, insyaAllah bayi dalam kandungan juga sihat..

Monday 10 November 2014

Sihatkah kita?

 
Pernahkah anda terfikir yang anda tak tahu apa masalah kesihatan yang anda alami? yela, kadang tu kita memang tak tahu adalah kita betul-betul sihat atau ada masalah kesihatan yang kita tak tahu kan? Kita tak tahu adakah cukup bekalan nutrisi dan vitamin yang kita perlukan setiap hari? 

Ditambah pula dengan gaya hidup masa kini yang sememangnya menyebabkan kita lupa untuk lebih memberi perhatian pada aspek kesihatan diri sendiri dan juga insan tersayang.. Mana taknya, hari-hari sibuk, sibuk dengan kerja, rutin harian yang tak pernah ada titik noktah. Akibatnya, makan entah ke mana, kesihatan entah ke mana. Kalau makan pun tak sempat nak fikir adakah apa yang kita makan tu berkhasiat? Cukupkah nutrients yang diperlukan badan kita? 

Seeloknya, kita perlu jalankan medical checkup secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan kita tiada penyakit yang berbahaya. Sekarang kan banyak kes yang tiba-tiba je meninggal, tiba-tiba je dalat tahu ada sakit kronik. Dah macam silent killer dah.

Sebelum penyakit datang menjengah, eloklah kiranya kita membekalkan apa yang badan kita perlukan secukupnya. badan yang cukup nutrisi dan vitamin sangat membantu untuk kita mendapat tubuh badan yang lebih sihat dan insyaAllah jauh dari penyakit, terutamanya penyakit yang berbahaya.

Perlu kita ketahui bahawa, sel-sel di dalam badan kita ni akan mati apabila tiba masanya, iaitu apabila ia sudah tidak sihat ataupun rosak.Sekiranya badan kita tidak mendapat cukup vitamin, sel rosak yang sepatutnya mati tu tak akan mati. Apa bahayanya keadaan ini? 

Sifat sel-sel dalam badan kita ni akan duplicate sel yang sedia ada bagi membentuk sel baru, macam copy paste. Oleh sebab itu, jika sel yang tak sihat atau rosak tu tak mati, sel-sel baru akan duplicate sel yang rosak tadi tu. Dan bila sampai satu tahap di mana terlalu banyak sel-sel yang tak sihat ni di dalam badan kita, that is the trigger point yang kita akan disahkan mempunyai penyakit. Lagi bahaya, KANSER. 

Di sini la pentingnya kita bekalkan apa yang diperlukan badan kita. Kita nak pakai lama kan? InsyaAllah jika umur panjang :)

Nak bekalkan vitamin yang cukup untuk badan anda? 

Kami menyediakan Set Optimum bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Tiga vitamin asas di dalam set ini membantu kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti yang kuat serta penjagaan mental yang baik. Ia mampu membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan stress.

Set Optimum
1. Vita Lea :
- Merupakan multivitamin tertua di dunia..mengandungi 28 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan
- Penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus
- Keupayaan sistem produktif, sesuai bagi remaja dan kanak-kanak yg sedang membesar
- Pelengkap nutrisi harian
- Sangat membantu dalam stimulasi metabolisme dan melambatkan penuaan
- Elemen penting pada sel tubuh
- Melindungi organ seperti melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
- Sesuai bagi mereka yang malas untuk telan banyak vitamn

2. B Complex
- menukar makanan kepada tenaga. Ia membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
- mengelakkan stress dan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf. Meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
- menggalakkan tumbesaran yg sihat dan normal bagi bayi dan kanak - kanak.  

- Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kerosakan otak atau tulang belakang.
- membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
- baik untuk mata, mencegah anemia, meredakan senggugut dan banyak lagi kelebihan lain.

3. Sustained Released Vita C
- Membekalkan 500mg Vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan bioflavonoids complex.
- Rose hips dan bioflavonoids ni membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin c apabila masuk kedalam tubuh badan kita.
- Membantu dalam meningkatkan sistem imun badan
- Elok untuk kulit. Pengambilan yang konsisten dalam jangka masa yang panjang akan mencerahkan kulit seluruh tubuh.


Klik untuk order.
Klik untuk order
Sebarang pertanyaan, tinggalkan komen atau boleh sms/whatsapp ke 0196291331 -fiza

Thursday 6 November 2014

Vitamin untuk ibu sihat bertenaga..

 
Setiap wanita terutamanya yang bergelar ibu, sinonim dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Lagi memenatkan jika si ibu juga berkerja. Punch out kat ofis, lepas tu punch in kat rumah pulak. Tak sempat nak rehat kan? 

Kesibukan sebagai seorang pekerja, ibu dan isteri ini akan menjejaskan kesihatan seseorang wanita jika mereka mengabaikan kesihatan sendiri. Perlu diingat, ibu MESTI sihat untuk menjaga anak-anak dan suami yang sememangnya sentiasa memerlukan kita. Jika anda perasan, jika si ibu tak sihat, pasti suasana dalam rumah jadi semacam kan? Banyak yang jadi tak tentu hala..

Jadi, bagi memastikan kita sebagai ibu, kita MESTI SIHAT dan BERTENAGA. Banyak urusan yang perlu diselesaikan setiap hari walau sebenarnya tak pernah selesai pun kan.. hehehe

Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat penting bagi memastikan tubuh badan mendapat khasiat dan zat yang cukup agar kita tidak mudah terkena penyakit. Selain itu, pengambilan vitamin yang cukup sangat penting untuk menampung mana-mana nutrisi dan vitamin yang tidak cukup semasa pengambilan makanan seharian kita. Sesegar mana pun makanan tersebut, vitamin di dalamnya pasti akan berkurang dan mungkin sudah tiada semasa anda memakannya. Ini kerana setiap proses dari penuaian, pemprosesan, pembukusan, penyediaan makanan, semuanya akan sedikit demi sedikit akan mengurangkan vitamin dan zat dalam makanan tersebut.

Oleh itu, sangat la penting untuk kita membekalkan badan kita makanan tambahan, iaitu vitamin untuk menjamin badan kita sihat dan cergas.

Aps yang boleh anda amalkan? Berikut merupakan set asas kesihatan untuk setiap wanita:

set kesihatan wanita
1. GLA Complex
❋ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
❋ Membantu meningkatkan kesuburan
❋ Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
❋ Membantu dalam menangani menopaus
❋ Menguatkan kuku dan rambut
❋ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
❋ Membantu menangani ekzema
❋ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
❋ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
❋ Menguatkan imuniti tubuh
❋ Memperlahankan proses penuaan
❋ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
❋ Mengawal kencing manis dan darah tinggi
❋ Mengawal kolesterol
❋ Untuk fungsi saraf
❋ Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.

2. Omega Guard
❋ Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
❋ Membantu dalam proses pembelajaran.(sangat digalakkan untuk student)
❋ Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
❋ Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
❋ Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
❋ Mengurangkan risiko strok
❋ Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
❋ Merendahkan tekanan darah
❋ Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

3. Ostematrix
❋ membekalkan Kalsium, Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
❋ Pengambilan osteomatrix yang konsisten, boleh mengurangkan risiko osteoporosis
❋ Boleh menolong menstabilkan tekanan darah
❋ Mengurangkan simptom menstruasi atau PMS
❋ Menangani masalah sembelit
❋ Menghasilkan susu ibu yang berkualiti (bagi ibu2 yang menyusukan anak)
Hubungi kami sekarang!
SMS/WhatsApp : 0196291331

Wednesday 5 November 2014

Penyelesaian kepada sakit sendi dan tulang anda.

vitamin sendi dan tulang 
Makin bertambah umur, makin kerap pula rasa lenguh-lenguh badan kan? Lutut pun kadang rasa sakit ngilu je rasa. Petanda umur kian meningkat dan badan makin menua. Ia juga petanda badan kita perlukan vitamin/supplement untuk menampung keperluan badan yang sedang dalam fasa penuaan. Eh tak semestinya dah tua baru nak kena makan vitamin tau. Better prevent than cure kan? Kalau dah sakit baru nak cari ubat, susah la nak rawat tu kan? dahla kena marasa kesakitan yang tak best tu.. 

Ok, jom kita kaji apa supplement/vitamin yang sesuai untuk sendi dan tulang temulang yang kita sayangi ni.. Nak guna lama tau tulang2 sendi semua ni.. nanti senang bila dah taraf atuk nenek pon boleh main kejar-kejar lagi dengan cucu.. eh? hehehe..
1. Advanced Joint Health Tablet

ajht
  • Mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi seawal 5 HARI.
  • Ramuan yg dirumus secara sintifik ini merangkumi ramuan yg terbukti :-
    • menggalakkan mobiliti
    • meningkatkan fleksibilit
    • meningkatkan funsgi sendi
    • menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
  • 100% bebas kekerang
  • 100% vegetarian
  • 100% bebas kondrotion untuk penyerapan glukosamin yg baik
  • Hanya 2 tablet sehari, mudah ditelan, tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  • Bebas gluten
Jom kita tgk sedikit testimoni pengguna yg mengambil AJHT Shaklee ni ^_^
testimoni ajht
Best kan?? ^__^

2. Ostemarix 
  • Merupakan kalsium yg kandungannya paling seimbang, memastikan 99% kadar penyerapan
  • Tahukah anda, kalsium sendirian adalah agak sukar untuk diserap oleh badan kita?
  • Oleh sebab itu, Ostematrix shaklee diformulasikan secara unik di mana kandungannya adalah kasium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes, dan boron. Nutrien - nutrien ini perlu diambil bersama untuk memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh & menghalang endapan sesetengah mineral.
  • Magnesium yg terkandung di dalam Ostematrix mampu menggalakkan komposisi tulang dan rawan di samping membantu sistem saraf.
  • Manfaat utama Ostematrix:
    • menguatkan tulang
    • memperbaiki kekejangan dan kebas - kebas
    • meringankan stres
    • Memperbaiki masalah haid
    • Pengalkalian tubuh[memastikan imbangan pH tubuh]
    • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik
Tetimoni Ostematrix ^__^
testimoni ostematrix


3. Omega Guard
  • Merupakan minyak ikan terbaik di dunia
  • Membantu mengurangkan inflamasi/keradangan yang berlaku di kawasan sendi. 
  • Melambatkan degradasi tulang rawan, boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi serta mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
  • Bertindak sebagai pelincir yang mana membantu sendi untuk bergerak dengan lebih bebas
  • Antara fungsi lain Omega Guard:
    • mencegah penyakit saluran darah dan strok dgn membantu mengekalkan tekanan darah yg normal & ketegangan di leher atau skit kepala
    • membantu mengurangkan risiko sakit jantung
    • membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
    • meningkatkan sistem imun dah menyihatkan paru-paru
    • menentang kanser
    • mencegah imsomnia dan membantu mengurangkan tekanan
 Antara testimoni pengguna yg mengamalkan ketiga-tiga vitamin ini :
testimoni vitamin sendi shaklee 
testimoni omega guard 

 Anda berminat? ^___^
Klik untuk order
Sebarang pertanyaan sila 
PM / SMS/WhatsApp : 0196291331 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...