Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.. Jika anda memiliki keduanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa...

Sunday 28 June 2015

Kek yang simple, cepat dan sedap!

Yummyy...sedap! Tapi Naufal la yang cakap..mamanye ni puasa, buka puasa kang boleh la nak merasa :)

Hari ni memang badan tak sedap. Selsema, batuk, sakit kepala semua tiba-tiba datang menjengah. Dah macam nak demam dah badan ni. Kuatkan juga semangat untuk meneruskan puasa hari ni. Tak sanggup den nak ganti nanti..hehe

Si Naufal ni pun tak faham-faham mamanya tengah tak sihat, direquestnya gak nak kek.. Nak kek yang rasa macam hari jadi lak tu! Sabau jela.. Dalam ketidak selesaan badan, google la resepi kek simple. Jumpa satu blog ni, lupa dah apa nama blognya. Kek margerin simple tapi sedap katanya..hemm mcm menepati keperluanku ketika ini.. Lalu terhuyung hayang mama pegi dapur nak buat kek untuk anak teruna sorang tu..haishh!!

Jom layan resepi:
250g margerin
1 cawan gula halus/kastor
4 biji telur
Esen vanilla
2 cawan tepung gandum

Step by step to the yummeyhh cake! ;)
1. Margerin + telur + gula > pukul sehingga agak kembang.. Nak cepat pakai mixer je, tapi kalau gigih guna la whisk ✌
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau adunan sebati.
4. Panaskan oven 180°C
5. Sapukan minyak di keseluruhan loyang & tuang separuh adunan ke dalam loyang..rata2 kan lepas tu boleh la susun choc bar di atas lapisan adunan tersebut untuk menambahkan lagi kesedapan..lepas dah susun2, tuang lebihan adunan ke atas susunan choc bar tersebut.
6. Bakar 180°C selama 30minit.. Guna api bawah je tau!
7. Tingg!!! Siap! Lembut dan sedap dimakan begitu sahaja :D

Malasnya la haih nak pegi snap gambar kek tu..layan badan lemau jap.. Adios!



Posted via Blogaway


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...