Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.. Jika anda memiliki keduanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa...

Wednesday, 17 July 2013

TIPS ANAK DEMAM, BATUK & SELSEMA

Tips anak demam


☹ Jika anak demam
    ツ Pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.
    ツ Analoginya seperti kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk. Samalah dengan suhu badan yang panas ketika demam ^_^

☹ Bila selsema 
    ツ Tetap mandikan 3 kali sehari
    ツ Tujuannya  apabila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. 
    ツ Namun sayangnya ramai antara kita beranggapan jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan.   
    Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

☹ Batuk.
    ツ Tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar
    ツ dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaAllah kahaknya cepat beransur baik. 
    ツ Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 
    ツ Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak dia dah longgar, tepuk belakang anak setiap kali dia batuk. Jangan risau jika dia muntah, ini lebih baik kerana semua lendir2 tu keluar.


ღ Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

ღ Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini secara tidak langsung membantu melancarkan peredaran darah anak.

Kalau orang dulu-dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi, jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. 
Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi, even doktor turut pesan, jika anak demam, pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap. Dan adakalanya saya mandikan anak saya dengan air berais untuk mempercepatkan suhu badan turun, alhamdulillah berkesan


Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, susukan anak dengan kerap semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. 
Buat ibu baru, jangan panik ツBanyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
 
Mencari supplement untuk kesihatan anak anda??
Hubungi kami untuk konsultasi ^_^
PM Facebook : https://www.facebook.com/messages/OsemMama
Atau untuk respon yg cepat, SMS/WhatsApp di 0196291331[Fiza]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...