Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.. Jika anda memiliki keduanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa...

Saturday, 11 October 2014

Tips Legakan Period Pain atau Senggugut

 
Senggugut atau period pain.. Setiap wanita pasti pernah merasainya kan? Tapi ada juga yang bernasib baik tak pernah merasai senggugut. Sesetengah orang cakap kalau sering alami senggugut, agak sukar untuk mengandung jika sudah berkahwin. Hemm, rasanya macam tak juga kan? Saya sendiri sering mengalami senggugut sejak dari pertama kali period. Tapi alhamdulillah sekarang dah dikurniakan 2 cahaya mata yang comel ^_^

APA ITU SENGGUGUT? [ sumber : http://www.al-islamhospital.com.my]

Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .

Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.


SENGGUGUT PRIMER[ sumber : http://www.al-islamhospital.com.my]

Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.

Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.

Ianya selalu berlaku dengan

-  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.

Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;

* tegang pada payu dara

* pening kepala ,

* rasa ‘pitam’

* perut kembung

* mual(50%) dan muntah(25%).

* sembelit atau ceret-beret (35%)

* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah

Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang

Selain mengambil pain killer untuk melegakan sakit senggugut, apa petua yang boleh digunakan ye? Saya dulu pernah amalkan 'iron' perut..hehe ni macam ala-ala untuk melancarkan darah yang mungkin berketul, jadi pengaliran haid lebih lancar dan tak sakit dah lepas tu. Masa ni assume sendiri je penyebab senggugut tu adalah sebab darah susah nak keluar ;p Tapi alhamdulillah agak berkesan. Nak cuba? Boleh, tapi pastikan alas dulu perut tu ye, jangan main hentam keromo je sirect iron kat perut..naya jek nanti..

Antara petua ataupun tips yang boleh diamalkan : 

1. Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

2. Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

3. Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

4. Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

5. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

6. Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku. Rasanya memang kurang enak tetapi pasti akan berhasil.

7. Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

8. Buah petola  boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

9. Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

10. Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

11. Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

12. Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

13. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

14. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.

Haa banyak tak?boleh cuba mana-mana yang rasa sesuai.. Kalau rasa malas nak buat semua petua2 tu boleh la amalkan supplement dari Shaklee.. telan je, tak susah nak cari bahan-bahan, nak tumbuk nak apa semua tu kan..

Apa vitaminnya?

1. GLA Complex untuk membantu mengelakkan sakit ketika datang bulan, alhamdulillah sangat berkesan. Ramai yang bagi feedback positif setelah mengamalkannya. Saya sendiri juga telah cuba.. Memang berbeza ketika sebelum saya amalkan GLA Complex ni. 
 
Selain melegakan perion pain, GLA Complex membantu membetulkan hormon wanita di mana ia akan membetulkan cycle period yang hairwire

Cycle period yang teratur sangat penting bagi yang sedang berusaha untuk hamil, agar lebih mudah untuk kita kira waktu subur..
Bonus lain yang pastinya wanita-wanita suka, kulit GLOWING!! Yang ni terbukti berkesan.. Masa saya konsisten amalkan GLA Ni, memang ramai yang tegur saya nampak lain.. Hehe makin cerah dan berseri-seri :) Siapa tak seronok kan bila orang tegur macam ni..
Fungsi GLA Complex : 
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopos
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
Set untuk sengugut 

vitamin legakan period pain 
Anda mencari sesuatu yang menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan??

 Klik untuk order
Sebarang pertanyaan, leave your comment..
PM/SMS/WhatsApp : 0196291331   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...