Ok..post kali ni tak formal..hehehe sambil melayan perasaan esok lusa nak raya haji dah ni...
Esok dah sabtu...lusa ahad! Which is raya haji.. Mesti ramai tengah otw balik kg ni kan? Jem tak?jem tak? Kebiasaannya mesti la jem kan? Terutamanya menghala ke timur.. Al maklum ajer la Raya Haji ni disambut meriah di pantai timur terutamanya Kelantan.. Aku? Beraya kat bangi jela gamaknya ni..
Aku sendiri berasal dari Terengganu..tapi family aku takde la meriah mana pun sambut..biasa biasa je.. Dan aku rasa tahun ni la paling tak meriah kot disebabkan kesihatan mak aku yang tak mengizinkan..tiba2 mak sakit,adeh!tak keruan kami adik beradik..yela, biasa ayah je yg selalu sakit..kali ni mak sakit?? Aku hanya doakan dari jauh mengharapkan ibuku dikurniakan kesihatan yang makin baik..Alhamdulillah tadi adik aku bagitau mak dah makin ok..dah boleh berjalan perlahan-lahan dan makan tanpa muntah2 lagi..phewww legaaa.. Eh aku tak cakap ye mak aku sakit apa tadi? Haa darah tinggi, terlalu tinggi sampai tak boleh bangun dan asyik muntah2 sebab terlalu pening dan lemah..
Apa yang sebabkan darah tinggi ye? Setahu aku darah tinggi ni disebabkan pemakanan kita yg tak sihat, kolesterol tinggi, stress, dan errrr apa lagi ye?
Kalau nak dikatakan mak aku makan tak sihat, macam al-mustahilllllun..mak aku adalah seorang yang asyik skip makan ataupun makan tak ikut masa..kenapa? Sebab dia sibuk dengan bisnes santan dia tu.. Dan kalau dia makan pun makan yg biasa2 je, bukannya meriah yg tinggi kolesterol tinggi kalori bagai tu.. Apa yang aku boleh rumuskan darah mak aku naik ni mungkin sebab dia terlalu penat bekerja..huhuhu sedih je rasa, dah tua2 mak masih kerja kuat..maafkan anakmu ini.. Tapi masalahnya mak aku ni memang jenis takleh duk diam..adaaaa je keje yg dia nak buat dan kalau ada tempahan customer dia memang dia takkan katakan tidak walaupon dia adalah sangat penat..
Hasil menggoogle.... dapat diketahui bahawa penyebab tekanan darah tinggi adalah pelbagai:-
1. Penyempitan arteri
2. Isi padu darah yang lebih dari normal
3. denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
1. Penyempitan arteri
2. Isi padu darah yang lebih dari normal
3. denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
Keadaan ini akan meningkatkan tekanan pada dinding arteri lalu terjadi la darah tinggi.
Punca? Kebiasaannya tidak diketahui dan ia tidak dapat disembuhkan namun dalam kebanyakan kes ia boleh dicegah dan dikawal.
Awas! Tekanan darah yang tinggi akan meningkatkan risiko strok..
Apa vitamin yang boleh saya cadangkan untuk untuk kawal tekanan darah tinggi.
1. Omega Guard - ia membantu melancarkan perjalanan darah & menguatkan fungsi jantung serta merendahkan paras kolesterol tidak baik
2. Garlic Complex – mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
Setakat ni jela dulu..Panjang2 nanti bosan pulak korang nak baca kan..hehehe adios!
-fiza-
Notakaki : raya kat perantauan ni nak masak ala2 raya kat kg gak ke eh?
No comments:
Post a Comment